IBU seorang penduduk Palestin sedih selepas anaknya maut ketika menyertai tunjuk perasaan. FOTO/AFP
Reuters

GAZA: Tentera Israel membunuh dua penduduk Palestin dan mencederakan ramai mangsa lain yang menyertai tunjuk perasaan minggu di sempadan Gaza, semalam, kata pasukan perubatan.

Kekejaman itu berlaku, ketika Mesir yang bertindak sebagai pengantara, cuba mencapai perjanjian gencatan senjata untuk meredakan keganasan di wilayah terkepung miskin terbabit.

Kira-kira 20,000 penduduk menyertai tunjuk perasaan, semalam. Ia diadakan beberapa ratus meter dari pagar, namun puluhan penunjuk perasaan mara berhampiran dengan ada yang membawa tayar terbakar, kata saksi.

Pasukan perubatan berkata, tembakan Israel membunuh dua lelaki dan mencederakan sekurang-kurangnya 270 penduduk Palestin lain dengan 50 daripada mereka terkena peluru hidup. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Ogos 2018 @ 7:24 AM