ANGGOTA polis di Dhaka menahan penunggang yang tidak memakai topi keledar. FOTO/AGENSI
AFP

Dhaka: Penunggang motosikal yang tidak memakai topi keledar akan dilarang membeli petrol di stesen minyak di Dhaka, kata polis semalam.

Pesuruhjaya Polis Metropolitan Dhaka, Asaduzzaman Mia berkata: “Pemilik stesen minyak sudah diarahkan tidak menjual petrol kepada penunggang yang tidak bertopi keledar.”

Menurutnya, satu motosikal juga hanya boleh membawa dua orang dengan pembonceng turut diwajibkan memakai topi keledar.

Tindakan itu sebagaia usaha meredakan ketegangan selepas bandar dengan hampir 20 juta penduduk itu melihat bantahan berhubung tahap keselamatan jalan raya yang teruk, bulan lalu.

Bantahan diadakan di seluruh Dhaka dan bandar lain pada Ogos lalu dengan puluhan ribu murid serta pelajar sekolah menyekat jalan raya mendesak keselamatan jalan raya ditingkatkan di Bangladesh selepas dua pejalan kaki remaja mati dilanggar bas yang dipandu laju.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 September 2018 @ 8:54 PM