GEMPA bumi melanda Fiji berukuran 7.8 magnitud. FOTO/USGS
GEMPA bumi melanda Fiji berukuran 7.8 magnitud. FOTO/USGS
Reuters

SUVA: Satu gempa bumi berkekuatan magnitud 7.8 menggegarkan kawasan timur-tenggara Fiji di bandar ini sejauh 105 kilometer pada kedalaman 608 kilometer, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) hari ini.

Ukuran kekuatan gempa itu diturunkan berbanding bacaan awal magnitud 8.1 oleh USGS.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, tiada ombak tsunami dijangka di Lautan Pasifik dan tiada ancaman tsunami di Hawaii.

Kementerian Pertahanan Awam dan Pengurusan Kecemasan New Zealand berkata, tiada ancaman tsunami di negara itu susulan gempa terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 September 2018 @ 1:10 AM