Ernie (kiri) and Bert (kanan). FOTO EPA
Ernie (kiri) and Bert (kanan). FOTO EPA
AFP

BERT and Ernie, mungkin sekadar watak boneka dalam siri kanak-kanak ‘Sesame Street’ tetapi ia tidak pernah menghalang orang ramai daripada menimbulkan spekulasi bahawa hubungan mereka ‘lebih’ dari sekadar teman sebilik.

Bekas penulis kanan rancangan kesukaan kanak-kanak itu, Mark Saltzman, mengakui karakter itu adalah ‘pasangan yang penyayang,’ tetapi bukan kekasih atau menjalin hubungan sejenis.

Saltzman yang menulis untuk program itu dari 1981 hingga 1990 memberitahu laman web Queerty, bahawa dinamik karakter berkenaan adalah berasaskan hubungan baiknya dengan penyunting filem, Arnold Glassman (Arnie).

“Saya sudah bersama Arnie sebelum mula bertugas dengan ‘Sesame Street’ lagi. Jadi saya tidak tahu cara yang lebih baik untuk membentuk karakter mereka, selain sebagai pasangan yang penyayang.”

Saltzman menambah, interaksi antara Bert dan Ernie adalah gambaran dirinya dan Glassman, yang menjadi rakan kongsinya selama lebih 20 tahun sehingga beliau meninggal dunia pada 2003.

Pada 2011, aktivis kumpulan homoseksual, Lair Scott pernah melancarkan petisyen dalam talian menggesa pasangan Bert and Ernie untuk berkahwin. Petisyen itu ditandatangani 7,600 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 September 2018 @ 8:48 PM