Penampilan Beckham (kiri) semasa hadir majlis AIA di Hong Kong semalam manakala (kanan) adalah gam,bar dia yang tular semasa di Miami awal bulan ini.
Penampilan Beckham (kiri) semasa hadir majlis AIA di Hong Kong semalam manakala (kanan) adalah gam,bar dia yang tular semasa di Miami awal bulan ini.
Agensi

DAVID Beckham yang bulan lalu rambutnya nipis dan hampir botak tampil dengan gaya rambut yang lebih hitam serta tebal di Hong Kong, semalam.

Bekas bintang bola sepak berusia 43 tahun itu didapati hampir botak semasa bercuti di Miami, Amerika Syarikat awal bulan ini, menghitamkan rambutnya sebelum hadir pada majlis anjuran AIA sebagai duta jenama global syarikat insurans terbabit.

David yang sebelum ini sememangnya terkenal dengan pelbagai gaya rambutnya yang berani kelihatan biasa sahaja dengan mengenakan sut hitam dan bertali leher polka dot.

Berikutan penampilan terkininya itu, timbul cakap-cakap kononnya dia menjalani proses menanam rambut selepas gambarnya berkepala hampir botak semasa bersantai di kolam renang di Miami tersebar.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 September 2018 @ 10:34 AM