GAMBAR hiasan
AFP

BEIJING: Tiga terbunuh manakala 15 lagi cedera, termasuk ditikam seorang lelaki yang mengamuk dalam keadaan mabuk selepas bertengkar dengan rakannya di wilayah Zhejiang, hari ini.

Menurut polis, lelaki berusia 42 tahun dikenali sebagai Wang itu bergaduh dengan rakannya ketika mereka minum di sebuah pusat karaoke.

Lelaki itu yang berang, keluar dan membeli pisau pemotong buah lalu menikam ibu rakannya sebelum melarikan diri.

Wang yang mabuk, kemudian merampas sebuah kereta dan melanggar seorang penunggang basikal menyebabkan kereta itu terbakar dan dia meninggalkan kenderaan itu.

Lelaki berkenaan terus mengamuk di tengah bandar Ningbo, daerah Beilun dengan menikam dua pejalan kaki, mencuri kereta guru sekolah memandu dan memandunya merempuh sembilan orang. Dia keluar dari kereta dan menikam lima lagi.

Menurut pihak berkuasa, siasatan sedang dijalankan dan gerakan memburu lelaki berkenaan sedang berlangsung.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Oktober 2018 @ 8:57 PM