Foto hiasan
Foto hiasan

SINGAPURA: Facebook menolak permintaan kerajaan Singapura untuk membuang satu artikel ‘online’ yang disifatkan ‘palsu dan berniat jahat’.

Ia juga menyebabkan Kementerian Undang-Undang republik itu menyatakan bahawa kes itu menunjukkan perlunya memperkenal peraturan rasmi bagi menghentikan penyiaran berita palsu.

Bank Pusat Singapura semalam memfailkan satu laporan polis ke atas satu artikel di talian oleh seorang blogger berpejabat di Australia mengenai bank Singapura dan dana 1 Malaysia Development Fund (1MDB) yang dikaitkan dengan skandal.

Akses web di Singapura ke laman web States Times Review (STR) telah disekat penyedia khidmat internet atas arahan pihak berkuasa telekom Singapura dan pemantau media, IMDA yang menyatakan ia telah mendapati laman web itu menyiarkan berita tidak benar.

“IMDA telah buat penilaian dan artikel itu menjejaskan keyakinan awam kepada kerajaan Singapura dan bercanggah dengan kepentingan awam,” menurut kenyataan Infocommm Media Development Authority (IMDA).

Artikel STR di laman Facebook masih lagi boleh dibaca. IMDA meminta Facebook memuat turun artikel itu tetapi syarikat itu memberitahu, mereka menolaknya manakala Facebook belum memberi reaksi kepada permintaan untuk diwawancara.

Sementara itu, Kementerian Undang-Undang menyatakan Facebook terus enggan mengeluarkan ‘posting’ itu yang jelas palsu.

Parlimen Singapura sedang menilai apakah takrif sesuai berita bagi memeriksa rang undang-undang benar-benar dipatuhi. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 November 2018 @ 3:54 PM