Penyerang merampas balai polis. FOTO AFP
Penyerang merampas balai polis. FOTO AFP
Reuters

BENGHAZI: Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang bandar di selatan Libya semalam, menyebabkan sembilan terbunuh dan menculik beberapa lagi, kata penduduk, dengan pegawai menuduh ia dilancarkan militan Daish.

Sumber tentera berkata, penyerang merampas balai polis di bandar oasis Tazerbo, di utara Kufra sehingga penduduk mengusir mereka.

Sumber juga berkata, penyerang dipercayai anggota Daish.

Bandar itu, yang menjadi pusat persinggahan bagi pelancong yang mahu ke gurun Sahara sebelum Libya dilanda krisis pada 2011, menyenaraikan enam yang terbunuh dalam laman webnya.

Seorang penduduk berkata, sembilan maut dan 10 cedera, menambah penyerang menculik beberapa anggota polis dan penduduk awam.

Daish melancarkan beberapa serangan di bandar di selatan Libya selepas berundur ke padang pasir selepas kehilangan kubu kuatnya, Sirte, pada lewat 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 November 2018 @ 5:31 PM