GUNUNG berapi Mount Etna meletus. FOTO AFP
GUNUNG berapi Mount Etna meletus. FOTO AFP
AFP

GUNUNG berapi di Mount Etna, Itali dilaporkan meletus hari ini dengan mengeluarkan debu selain menghasilkan beberapa gempa bumi kecil sehingga menyebabkan penutupan sebahagian ruang udara Sicily di sekitar pergunungan itu.

Institut Gempa Bumi Itali (INGV) mengira lebih 130 gegaran seismik di zon itu dengan rekod paling kuat mencecah 4.0 magnitud.

“Letusan berlaku pada bahagian pergunungan Etna.

“Ia letusan lateral pertama dalam tempoh lebih 10 tahun, namun seperti tidak berbahaya,” kata pakar gunung berapi INGV, Boris Behncke memberitahu AFP.

Susulan jarak penglihatan teruk akibat debu, pihak berkuasa terpaksa mengehadkan penggunaan ruang udara tempatan dengan hanya membenarkan empat pendaratan setiap sejam di Lapangan Terbang Catania, dekat Rom.

Behncke menambah, jarak penglihatan yang tidak jelas menyebabkan terlalu sukar menentukan sama ada letusan itu disusuli dengan lahar.

Mout Etna dengan ketinggian 3,300 meter adalah gunung berapi terbesar yang masih aktif di Eropah dan letusan terakhir berlaku pada 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Disember 2018 @ 8:59 AM