X
YOUTUBE rancang mengubah suai sistem cadangan tontonan, bermula di Amerika Syarikat seterusnya ke negara-negara lain. FOTO/AGENSI
YOUTUBE rancang mengubah suai sistem cadangan tontonan, bermula di Amerika Syarikat seterusnya ke negara-negara lain. FOTO/AGENSI
AFP

SAN FRANCISCO: Perkhidmatan streaming video global, YouTube, bakal menghentikan pengesyoran video yang seolah-olah betul antaranya video yang mendakwa bumi ini mendatar atau mempromosikan teori palsu berkaitan serangan 11 September 2001.

Youtube, semalam, merancang untuk mengubah suai sistem cadangan tontonan, bermula di Amerika Syarikat seterusnya ke negara-negara lain.

YouTube, yang dimiliki syarikat induk Google, Alphabet, berkata ia sedang meneliti langkah untuk mengurangkan penyebaran kandungan yang hampir benar tetapi tidak sehingga melanggar garis panduan kemasyarakatannya.

“Sebagai permulaan, kami akan mengurangkan cadangan terhadap unsur kandungan dan kandungan yang menyalurkan maklumat salah kepada pengguna dengan cara berbahaya.

“Sebagai contoh, video yang mempromosikan keajaiban palsu untuk penyakit serius, mendakwa bumi ini mendatar atau membuat dakwaan palsu secara terang-terangan mengenai peristiwa bersejarah seperti 9/11," kata YouTube dalam blognya.

YouTube menganggarkan perubahan itu akan menjejaskan kurang daripada satu peratus kandungan dalam perkhidmatannya tetapi berupaya meningkatkan pengalaman pengguna.

Menurut YouTube, video sedemikian yang disifatkan sebagai konspirasi kecil itu tetap boleh diakses dan muncul dalam hasil carian namun tidak akan dicadangkan untuk tontonan.

“Kami fikir perubahan ini memberi keseimbangan antara mengekalkan keterbukaan platform dengan memenuhi tanggungjawab kepada pengguna,” kata YouTube.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 January 2019 @ 1:19 PM