X
PESAWAT ringan yang terhempas. FOTO/AGENSI
PESAWAT ringan yang terhempas. FOTO/AGENSI
AFP

NAIROBI: Seorang juruterbang Kenya dan empat pelancong asing maut selepas pesawat ringan yang membawa mereka dari rizab alam semula jadi Maasai Mara, Kenya terhempas di barat negara itu, kata ketua polis Rift Valley, Edward Mwamburi, hari ini.

Pesawat Cessna itu dikatakan menuju ke Lodwar dari Maasai Mara, berhampiran Lake Turkana yang terkenal di kalangan pelancong.

Pada Jun tahun lalu, sebuah pesawat milik penerbangan FlySAX terhempas di pinggir gunung Aberdares mengakibatkan 10 terbunuh.

Pada 2007, Kenya berdepan kemalangan udara terburuk, apabila Penerbangan Kenya Airways dari Abidjan ke Nairobi melalui Douala terhempas ke dalam paya sebaik berlepas mengorbankan semua 114 penumpang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Februari 2019 @ 8:47 PM