BUNGA diletakkan di depan masjid sebagai tanda sokongan kepada negara itu yang masih terkejut dengan serangan pengganas di Christchurch. FOTO AFP
BUNGA diletakkan di depan masjid sebagai tanda sokongan kepada negara itu yang masih terkejut dengan serangan pengganas di Christchurch. FOTO AFP
Agensi

CHRISTCHURCH: Bangunan Sydney Opera House, Australia disinari dengan lampu berwarna perak seperti lambang New Zealand manakala bendera juga dikibarkan separuh tiang dan bunga diletakkan di depan masjid sebagai tanda sokongan kepada negara itu yang masih terkejut dengan serangan pengganas di bandar ini.

Itu adalah antara peringatan yang diadakan di Australia dan di seluruh dunia selepas serangan pengganas di dua masjid di Christchurch semalam yang menyebabkan 49 orang maut dan berpuluh-puluh lagi cedera.

Jambangan bunga diletakkan di depan masjid, bendera dikibar separuh tiang dan pada acara sukan pula pemain serta penonton bertafakur seketika sebagai tanda berkabung.

BENDERA Australia dikibarkan separuh tiang tanda sokongan di atas tragedi yang berlaku di Christchurch. FOTO Agensi
BENDERA Australia dikibarkan separuh tiang tanda sokongan di atas tragedi yang berlaku di Christchurch. FOTO Agensi

Seorang lelaki di Queensland meletakkan jambangan bunga di sebuah masjid berhampiran rumahnya kerana penduduk Islam di situ mungkin ketakutan dan dia mahu mereka tahu masyarakat melindungi mereka.

Media sosial juga dipenuhi dengan gambar orang ramai melawat dan memberi penghormatan di masjid di seluruh dunia.

Jambangan bunga turut diletakkan di sebuah taman botani berhampiran hospital Christchurch lokasi kebanyakan mangsa yang cedera dirawat.

Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian dan pemimpin pembangkang negeri itu, Michael Daly hadir bersama beratus-ratus orang Islam yang bersolat di masjid Lakemba di barat daya Sydney pada malam semalam.

Berita berkaitan

Pecah telur di kepala senator

'Nak lihat sendiri keadaan Tarmizi'

Suami dah separuh sedar'

Budak 3 tahun korban paling muda

Manifesto gila angkara masjid berdarah

Manifesto gila angkara masjid berdarah

Suspek pengganas di dakwa

Pengganas berfahaman Neo-Facism

Belum sampai ajal, remaja Malaysia lari 1.5km

Semua penuntut Malaysia selamat di Christchurch

Ibu Rahimi ke New Zealand esok

'Pasukan perisik Malaysia mantap - PM'

'Terkejut anak cedera'

'Suami saya cedera teruk'

Tembakan selepas azan pertama

"Meremang bulu roma saya"

[UPDATE] 49 sudah terbunuh

'Jangan kongsi video tembak'

'Saya hanya nak suami selamat'

[UPDATE] Tiada rakyat kita maut setakat ini

[UPDATE] 40 maut, lebih 20 cedera

Azmin kutuk kejadian tembakan rambang

Wajah pengganas

'Suami biasa solat di masjid itu'

[UPDATE] Seorang rakyat kita cedera

Periksa rakan dan ahli keluarga di Christchurch

Tembakan dalam masjid di New Zealand

Siar serangan secara langsung

Peluru lintas kepala

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2019 @ 3:35 PM