TURKI dikejutkan gempa berukuran 5.6 magnitud di wilayah Denizli. FOTO Agensi
TURKI dikejutkan gempa berukuran 5.6 magnitud di wilayah Denizli. FOTO Agensi
Reuters

Istanbul: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud menggegarkan wilayah Denizli barat Turki, hari ini, lapor Balai Cerap Kandilli Turki.

Bercakap kepada stesen penyiaran NTV, Datuk Bandar Denizli, Hulusi Sevkan, berkata dia belum menerima laporan kematian penduduk di daerahnya yang berdekatan pusat gempa bumi.

Manakala khidmat pemantauan gempa Eropah berkata gempa itu diukur pada skala 6.4 magnitud.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mac 2019 @ 4:20 PM