Reuters

BAITULMAQDIS: Tentera Israel memaklumkan sudah memulakan serangan terhadap Hamas di Semenanjung Gaza, semalam, beberapa jam selepas serangan roket dari Palestin terkena sebuah rumah di Tel Aviv.

Saksi memberitahu Reuters, mereka terdengar letupan di Gaza.

Tentera Zionis dalam kenyataannya berkata, “Serangan sasaran Hamas di seluruh Semenanjung Gaza sudah dimulakan.”

Satu serangan terkena tentera laut Hamas di barat Gaza dan satu lagi terkena kem latihan besar Hamas di utara Gaza, kata beberapa pegawai keselamatan Palestin dan agensi media Hamas.

Kedua-dua kawasan terbabit mungkin sudah dikosongkan kerana Hamas terlebih dahulu menerima notis serangan Israel dalam tempoh beberapa jam sebelum itu.

Beberapa saksi berkata, tiga peluru berpandu terkena sasaran di utara semenanjung itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berjanji bertindak balas terhadap serangan roket dari Palestin semalam, sehingga mencederakan tujuh warga Israel.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mac 2019 @ 1:22 AM
ASAP tebal kelihatan di Rafah selepas Israel melancarkan serangan di Semenanjung Gaza. FOTO AFP