GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Reuters

LIMA: Polis Peru menahan lima lelaki yang disyaki merogol seorang wanita berpenyakit mental dan masih mencari dua suspek lagi dalam kes yang menggemparkan negara itu. 

Pendakwa memeriksa telefon bimbit milik suspek berusia 20 hingga 27 tahun yang dikatakan merakam aksi merogol mangsa berusia 19 tahun dalam kejadian minggu lalu. 

Pejabat Peguam Negara dalam satu kenyataan di Twitter berkata, suspek turut memuatnaik rakaman kejadian di media sosial. 

Menurut Reuters, media tempatan melaporkan kejadian itu berlaku pada 20 Mac lalu dan mangsa menghidap penyakit skizofrenia. 

Polis mempercayai suspek cuba memeras ugut sepupu mangsa dan kes terbabit mendapat liputan luas media Peru hingga mencetuskan kemarahan orang ramai yang mendesak kerajaan mengakhiri keganasan terhadap wanita. 

Tahun ini, sekurang-kurangnya 39 wanita dilaporkan dibunuh di Peru.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mac 2019 @ 11:17 AM