NICHOLAS Cage mahu cerai isterinya selepas empat hari mendirikan rumah tangga.
Agensi

LOS ANGELES: Pelakon Nicolas Cage menceraikan jurusolek Erika Koike selepas empat hari mendirikan rumah tangga dan mendakwa dirinya terlampau mabuk ketika bersetuju berkahwin dengan wanita itu Sabtu lalu.

Cage, 55, dan Erika berkahwin di Las Vegas pada 23 Mac lalu sebelum pelakon itu memfailkan cerai terhadap isterinya pada Rabu.

US Weekly memetik dokumen mahkamah melaporkan, sebelum mendaftar perkahwinan dan melangsungkan majlis, pasangan berkenaan minum alkohol sehingga mabuk.

Erika kemudian mencadangkan mereka berkahwin dan Cage dikatakan bertindak atas perasaan lalu bersetuju tanpa menyedari kesan terhadap tindakannya.

Pasangan berkenaan mula menjalin hubungan pada April lalu dan ini perkahwinan keempat pelakon terbabit.

Cage pernah berkahwin dengan pelakon Patricia Arquette, penyanyi Lisa Marie Presley dan pelayan restoran Alice Kim.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mac 2019 @ 10:18 PM