BARTEK memilih Zelenskiy sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden Ukraine.
Agensi

MOSCOW: Seekor harimau jantan menjadi tumpuan selepas memilih bekas pelawak, Volodymyr Zelenskiy sebagai pemenang Pilihan Raya Presiden Ukraine.

Harimau jantan yang dikenali sebagai Bartek itu diberi dua kotak yang mempunyai gambar Zelenskiy dan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko.

Dalam satu acara di Zoo Royev Ruchey di Krasnoyarsk, Bartek dilihat memilih kotak yang mempunyai gambar Zelenskiy.

Pilihan Raya Presiden Ukraine berlangsung pada 31 Mac lalu untuk pusingan pertama dan pusingan kedua dijadualkan pada 21 April ini.

Zelenskiy dianggap sebagai calon pilihan dalam pilihan raya itu selepas membuat kejutan dengan menang pada pusingan pertama.

Sebelum ini, seekor sotong kurita yang dikenali sebagai Paul menjadi tumpuan selepas meramal dengan tepat semua perlawanan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Sejak itu beberapa haiwan lagi digunakan untuk meramal pertandingan sukan dan pilihan raya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 April 2019 @ 9:28 PM