X
TIKUS termasuk perangkap dalam almari di dapur rumah John Rising. Foto Agensi
TIKUS termasuk perangkap dalam almari di dapur rumah John Rising. Foto Agensi
Agensi

GLOUCESTERSHIRE, ENGLAND: Sebuah keluarga hidup dalam ketakutan setiap hari berikutan ancaman tikus gergasi dalam rumah sewa mereka di Cheltenham, di sini sejak dua bulan lalu.

John Rising, 36, akhirnya membuat keputusan untuk berpindah keluar dari rumah itu dan membawa keluarganya tinggal dengan bapanya di Woodmancote.

Rising berkata dia khuatir makhluk perosak yang antaranya sepanjang hampir satu meter akan menggigit keluarganya dan menyebarkan kuman serta penyakit kencing tikus.

Biarpun sudah menangkap beberapa ekor tikus, bapa kepada tiga anak lelaki itu berkata rumah terbabit menjadi sarang pembiakan tikus, lapor The Sun UK.

"Kami terpaksa keluar dari rumah itu kerana tidak tahan tikus sering masuk ke dapur.

"Bulan lalu, saya ternampak seekor tikus berenang keluar melalui mangkuk tandas," katanya.

Rising berkata, aduan sudah dilakukan kepada pemaju perumahan, namun kecewa tidak disediakan rumah sementara menunggu masalah tikus diselesaikan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 April 2019 @ 10:44 PM