PENUNJUK perasaan berkhemah di Waterloo Bridge. FOTO/AFP
PENUNJUK perasaan berkhemah di Waterloo Bridge. FOTO/AFP
AFP

LONDON: Hampir 300 orang ditahan polis selepas mengadakan protes perubahan iklim hingga mencetuskan kesesakan di London, kata polis semalam.

AFP melaporkan, protes itu dihadiri lebih seribu orang yang menghalang Waterloo Bridge serta menyusun pasu berisi pokok.

Mereka kemudiannya berkhemah di Hyde Park sebagai persediaan untuk melakukan protes sepanjang minggu.

Sebahagian besar ditahan pihak berkuasa kerana melanggar undang-undang awam dan menghalang jalan.

Demonstrasi itu dianjurkan Extinction Rebellion yang ditubuhkan di Britain oleh ahli akademik tahun lalu dan menjadi kumpulan pergerakan alam sekitar paling cepat berkembang di dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 April 2019 @ 11:54 AM