PASUKAN menyelamat meneruskan pencarian mangsa yang berkemungkinan masih terperangkap di bawah runtuhan. FOTO EPA
AFP

BOGOTA: Sekurang-kurangnya 17 orang maut manakala 13 lagi hilang selepas banjir lumpur menimbus lapan rumah di barat daya Colombia, semalam.

Agensi pengurusan risiko kebangsaan mengesahkan jumlah mangsa terkorban dan berkata lima orang turut cedera dalam bencana itu.

Pasukan menyelamat meneruskan pencarian mangsa yang berkemungkinan masih terperangkap di bawah runtuhan.

Menurut AFP, mangsa cedera dihantar ke hospital berhampiran tempat kejadian.

Banjir lumpur tercetus akibat hujan lebat yang melanda Colombia sejak beberapa minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2019 @ 10:31 AM