PELAWAK dan pelakon Volodymyr Zelensky yang tidak mempunyai sebarang pengalaman politik menang pilihan raya presiden Ukraine. FOTO AFP
AFP

KIEV: Pelawak dan pelakon Volodymyr Zelensky yang tidak mempunyai sebarang pengalaman politik menang pilihan raya presiden Ukraine, semalam.

Zelensky yang pernah melakonkan watak presiden dalam sebuah program televisyen menewaskan penyandang Petro Poroshenko dengan memperoleh 73 peratus undi.

Poroshenko hanya memperoleh 24 peratus dan kalah kepada pelawak berusia 41 tahun itu ketika 42 peratus undi dikira.

Bintang siri televisyen Servant of the People itu kini memerintah negara dengan 45 juta rakyat serta pelbagai cabaran politik.

“Saya tidak akan menghampakan anda.

“Saya boleh beritahu kepada semua negara bekas Souviet: ‘lihat kami! Semuanya tidak mustahil!’, kata Zelensky kepada penyokong pada kempen di ibu pejabatnya.

Kenyataan itu dipercayai ditujukan kepada Rusia yang diperintah oleh Vladimir Putin selama 20 tahun.

Rakyat Rusia didapati banyak mengikuti perkembangan pilihan raya Ukraine.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 April 2019 @ 12:31 PM