500 orang dipindahkan dari bangunan Sydney Opera House berikutan kebocoran gas.
Reuters

SYDNEY: Kira-kira 500 orang dipindahkan dari bangunan Sydney Opera House dan restoran yang bersambung dengannya susulan kebocoran gas, kata pasukan bomba yang memantau tempat kejadian.

Pasukan Bomba dan Penyelamat New South Wales menerusi Twitter berkata, pekerja syarikat gas sedang membaiki masalah itu dan tidak memberikan sebarang maklumat lanjut berhubung jenis gas atau punca berlakunya kebocoran.

Akhbar Australia melaporkan, kebocoran itu berlaku ketika saluran gas utama terkena semasa kerja-kerja pembinaan di lokasi itu.

Tiada kecederaan yang dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 April 2019 @ 6:01 PM