PENNSYLVANIA: Seorang wanita berusia 35 tahun maut selepas terjatuh dalam mesin pengisar daging di kilang tempatnya bekerja di Pennsylvania.
BBC melaporkan, Jill Greninger terjatuh ke dalam mesin itu di syarikat Economy Locker Storage Company di Muncy pada jam 11.30 pagi Isnin lalu, sebelum mayatnya ditemui rakan sekerja yang terdengar bunyi pelik daripada jentera berkenaan.
The Independent melaporkan bomba mengambil kira-kira 45 minit untuk meleraikan mesin itu bagi mengeluarkan sisa mayatnya.
Pejabat koroner daerah Lycoming percaya Jill tergelincir selepas berdiri atas tangga beroda di tempat kejadian, namun punca sebenar masih disiasat.