ANTARA mangsa yang diselamatkan oleh pasukan keselamatan. FOTO/AGENSI
AFP

BOGOTA: Empat orang maut, manakala 29 lagi termasuk 17 kanak-kanak cedera akibat letupan di sebuah kilang memproses serbuk letupan di sini, semalam.

“Terdapat empat mangsa yang tidak menunjukkan tanda masih bernyawa,” kata jurucakap bomba kepada AFP.

Letupan berlaku sekitar tengahari dan kilang itu menghasilkan sumbu untuk permainan tradisional Tejo atau Turmeque yang menggunakan serbuk letupan.

“Punca kejadian masih dalam siasatan,” kata jurucakap itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mei 2019 @ 12:00 PM