PERGADUHAN tercetus apabila kumpulan ahli parlimen yang prodemokrasi dan pro-Beijing cuba mengadakan perbahasan serta undian mengenai undang-undang itu secara berasingan. FOTO: Agensi
PERGADUHAN tercetus apabila kumpulan ahli parlimen yang prodemokrasi dan pro-Beijing cuba mengadakan perbahasan serta undian mengenai undang-undang itu secara berasingan. FOTO: Agensi
Agensi

Hong Kong: Seorang ahli parlimen Hong Kong dibawa ke hospital selepas berlakunya pergaduhan antara ahli parlimen yang prodemokrasi dan kumpulan pro-China ketika berbahas mengenai undang-undang ekstradisi yang dilihat meluaskan kuasa Beijing terhadap pulau itu.

Pulau bekas jajahan Britain itu cuba meluluskan undang-undang yang membolehkan sesiapa yang didakwa atas tuduhan jenayah termasuk warga asing dihantar negara tanpa perjanjian ekstradisi termasuk China.

Bagaimanapun, kumpulan prodemokrasi yang juga pembangkang bimbang undang-undang itu menghakis hak dan perlindungan dalam kebebasan pulau itu yang dijamin ketika diserah kembali kepada China pada 1997.

Pergaduhan tercetus apabila kumpulan ahli parlimen yang prodemokrasi dan pro-Beijing cuba mengadakan perbahasan serta undian mengenai undang-undang itu secara berasingan.

Keadaan itu menyebabkan pergaduhan tercetus dengan ahli parlimen dilihat berbalas tumbukan, bergelut, memanjat meja ketika anggota keselamatan berusaha menenangkan keadaan.

Seorang anggota parlimen prodemokrasi, Gary Fan jatuh dan terpaksa diusung ke hospital. Beberapa anggota parlimen pro-Beijing juga dilihat terjatuh dengan seorang selepas itu dilihat memakai anduh di tangan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mei 2019 @ 5:54 PM