ANGGOTA penyelamat tiba di lokasi kejadian berhampiran lapangan terbang Aerodrome Hood di bandar Masterton. FOTO Agensi
Reuters

MELBOURNE: Dua juruterbang maut selepas pesawat ringan masing-masing bertembung di udara di sebuah lapangan terbang di New Zealand hari ini, kata polis.

Empat penerjun dalam salah satu penerbangan melompat sejurus sebelum pesawat itu terhempas. Pesawat kedua digunakan untuk latihan.

Sebuah helikopter yang bersiap sedia untuk mendarat sempat mengelak dari pertembungan itu.

Polis dalam satu kenyataan berkata kedua-dua pesawat itu terhempas berhampiran lapangan terbang Aerodrome Hood di bandar Masterton.

Punca sebenar kemalangan itu belum dipastikan lagi dan masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2019 @ 2:51 PM