UNIVERSITI Veteran Jakarta. FOTO/AGENSI
AFP

JAKARTA: Sebuah universiti Indonesia menawarkan cara kemasukan istimewa kepada bakal pelajar itu mereka perlu berjaya menjadi bintang YouTube.

Melalui skim itu, National Development University Veteran Jakarta (UPNVJ), menawarkan tempat kepada bakal pelajar yang mempunyai saluran YouTubers dengan sekurang-kurangnya 10,000 pengikut dan menghasilkan kandungan asli yang sudah ditonton lebih 100,000 kali.

Mereka yang menepati syarat itu perlu menjalani ujian menghasilkan video baru sepanjang antara tiga hingga lima minit.

Persaingan memasuki universiti di Indonesia amat sengit berikutan jumlah penduduknya yang terlalu ramai, 260 juta orang manakala tempat ditawarkan terhad.

Menurut universiti itu, kemasukan melalui kriteria itu ditawarkan untuk jurusan ekonomi, sains politik dan sosial, perundangan kejuruteraan dan komputer.

“YouTube ialah media terbaik untuk menyampaikan kandungan dan pesanan positif. Kami menggalakkan pelajar ‘mempengaruhi masyarakat’,” kata Rekto Erna Hernawati kepada Jakarta Post.

Bintang YouTube terkenal negara itu, Atta Halilintar dan Ricis mempunyai lebih 15 juta pengikut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Jun 2019 @ 7:16 PM