EVA Airways Corp terpaksa membatalkan 71 penerbangan hari ini, disebabkan anak kapal mogok berhubung isu gaji. FOTO Agensi
Reuters

TAIPEI: Syarikat penerbangan Taiwan, Eva Airways Corp terpaksa membatalkan 71 penerbangan hari ini, disebabkan anak kapal mogok berhubung isu gaji.

Pembatalan itu menyebabkan kira-kira 15,000 penumpang terjejas.

Laman web Eva Air menunjukkan penerbangan dari Taipei ke New York, Toronto, Chicago, Los Angeles, Paris, Singapura dan Osaka antara penerbangan yang dibatalkan.

Syarikat penerbangan berkenaan dalam satu kenyataan berkata, kira-kira separuh daripada operasinya terjejas akibat mogok itu.

Eva Air berkata, jet Hello Kitty termasuk perkhidmatan dan makanan kartun popular Jepun itu tidak disediakan ketika mogok itu kerana terpaksa kerap menukarkan pesawatnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2019 @ 11:34 AM