GAMBAR Hiasan.
AFP

LONDON: Polis menahan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang disyaki menyerang dua lelaki di Liverpool, kata polis hari ini.

Menurut polis, kanak-kanak itu melakukan serangan homofobia teruk terhadap mangsa yang masing-masing berusia 30 tahun, Sabtu lalu.

Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang didatangi tiga budak berusia antara 12 dan 15 tahun yang melemparkan kata-kata hinaan terhadap mereka.

Salah seorang budak kemudian mengeluarkan pisau dan menyerang mangsa.

Seorang mangsa cedera di kepala dan leher, manakala rakannya cedera ringan di tangan.

Kes itu berlaku tidak lama selepas insiden dua wanita diserang dalam sebuah bas di London pada bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 12:19 AM