ANGGOTA bomba memotong gelang kunci yang tersumbat di dalam hidung mangsa. Foto Agensi
Agensi

BEIJING: Sepasukan anggota bomba terpaksa menggunakan alatan memotong untuk mengeluarkan gelang kunci yang tersumbat di dalam hidung seorang budak lelaki di China.

Budak lelaki berusia 14 tahun itu dilaporkan memasukkan gelang kunci ke dalam hidungnya kerana bosan ketika membuat kerja sekolah di rumahnya di Qingyang, wilayah Gansu, timur laut China.

Gelang besi itu kemudiannya tersangkut di antara dua lubang hidungnya dan hanya sebahagian terkeluar dari rongga itu.

Keadaan semakin teruk apabila bahagian hidungnya itu mula bengkak menyebabkan ibu bapa budak itu segera membawa mangsa ke sebuah balai bomba berhampiran.

Satu video yang disiarkan bomba menunjukkan seorang anggota menggunakan alat pemotong untuk memotong gelang berkenaan.

Selepas beberapa minit akhirnya mereka berjaya memotong gelang itu dan mengeluarkan objek berkenaan dari hidung mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 12:27 PM