AIR India terpaksa membuat pendaratan cemas selepas menerima ancaman bom.
Reuters

NEW DELHI: Sebuah pesawat penumpang Air India yang terbang ke Amerika Syarikat dan terpaksa diiringi jet pejuang British untuk mendarat di London selepas seorang pegawai di syarikat penerbangan menerima ancaman bom tetapi kemudian berkata ancaman bom berkenaan adalah palsu.

Seorang pegawai Air India berkata penerbangan AI 191 dari Mumbai ke Newark terpaksa membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Stansted London selepas Mumbai menerima panggilan bom palsu berkenaan.

Pegawai itu berkata tiada ancaman keselamatan.

Terdahulu, Britain mengarahkan jet pejuang berkelajuan supersonik, Typhoon memintas Boeing 777-337 dan mengiringinya dengan selamat ke Stansted.

Pesawat Air India diarahkan ke tempat terpencil dengan kehadiran polis.

“Pesawat Air India Boeing 777 dilencongkan ke Lapangan Terbang Stansted London pada kira-kira 10.15 pagi dan selamat mendarat dengan bantuan Polis Essex. Ia diletakkan di satu kawasan berasingan jauh daripada operasi normal kapal terbang.

“Landasan kami kini sudah dibuka dan beroperasi sepenuhnya susulan pendaratan cemas pesawat Air India,” kata jurucakap pegawai Air India.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 8:16 PM