GEMPA 6.4 magnitud landa pulau Kermadec.
Reuters

WELLINGTON: Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda pesisir pulau Kermadec di Pasifik selatan hari ini, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan di kawasan yang sering dilanda gempa bumi itu.

Gegaran yang pada awalnya dilaporkan berukuran 6.6 magnitud itu dikesan 159 kilometer (km) di barat daya pulau Raoul, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 8:22 PM