ANGELA Merkel.
Agensi

BERLIN: Keadaan kesihatan Canselor Jerman, Angela Merkel menimbulkan kebimbangan apabila dia kali kedua dilihat menggigil di hadapan khalayak ramai.

Daily Mail melaporkan, pemimpin yang berusia 64 tahun itu dilihat menggigil ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Frank-Walter Steinmeier hari ini.

Rakaman secara dekat menunjukkan dia mengalami kesukaran untuk mengawal masalah itu ketika berdiri selama dua minit.

Bagaimanapun, jurucakapnya memberitahu bahawa Angela berada dalam keadaan baik.

Sepuluh hari lalu, dia yang bertemu Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy memberi alasan mengalami penyahhidratan yang menjadi punca badannya menggigil teruk.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2019 @ 11:57 PM