RAKAMAN CCTV dua perompak sengal.
Agensi

BRISBANE: Dua perompak bertopeng boleh dianggap ‘sengal’ apabila bersusah-payah merempuh masuk ke pusat beli-belah menggunakan trak pikap untuk melarikan mesin pengeluaran wang (ATM) namun akhirnya pulang tanpa hasil.

Rakaman kamera litar keselamatan tertutup (CCTV) menunjukkan dua sekawan itu mengundurkan pikap yang dicuri berkenaan merempuh pintu kaca pusat beli-belah di berhampiran Brisbane dengan hasrat melarikan mesin ATM berkenaan.

Mereka kemudian melompat keluar dari kenderaan itu dan mengeluarkan tali dari kenderaan berkenaan untuk mengikat mesin ATM berkenaan. Bagaimanapun, apabila mereka cuba melarikan diri tali berkenaan putus dan ATM berkenaan langsung tidak berganjak.

CCTV kemudian menunjukkan mereka mencuba kali kedua, dengan mengundur dan berjaya merempuh mesin ATM berkenaan. Mereka kemudian sekali lagi mengikat tali dari pikap berkenaan untuk melarikan mesin berkenaan, namun gagal lagi.

Akhirnya mereka mengabaikan perancangan itu dan melarikan diri meninggalkan mesin ATM berkenaan. Mereka kemudian meninggalkan kereta itu di taman berhampiran dan membakarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2019 @ 10:06 PM