SEORANG kanak-kanak bermain kapal terbang berlatarbelakangkan pemandangan gerhana matahari di La Higuera.
SEORANG kanak-kanak bermain kapal terbang berlatarbelakangkan pemandangan gerhana matahari di La Higuera.
AFP

VICUNA: Penduduk di Chile dan Argentina berpeluang menyaksikan gerhana matahari penuh yang akan melanda sebahagian besar selatan Pasifik dan Selatan Amerika, petang ini.

Menurut ahli astronomi Chile, fenomena semula jadi menakjubkan itu akan bermula pada jam 1.01 petang waktu tempatan di Lautan Pasifik.

Kedua-dua negara itu terletak di bawah laluan gerhana sepanjang 9,656 kilometer dan mengalami gerhana penuh apabila bulan melindungi matahari.

Laluan gelap sepanjang 95 kilometer dijangka mencapai persisiran pantai Chile pada jam 4.38 petang waktu tempatan, seterusnya merentasi ke selatan Argentina.

Penduduk di beberapa kawasan di bawah laluan gerhana akan menyaksikan kegelapan melebihi dua minit, kata Yayasan Astronomi Chile.

Ribuan orang berkunjung ke La Higuera yang diramalkan melalui gerhana paling lama iaitu sekitar dua minit dan 36 saat berikutan bandar itu terletak di laluan gerhana penuh.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2019 @ 3:36 PM