Skip this ad x
FOTO hiasan.
Agensi

NEW DELHI: Cemburu kerana cemerlang dalam pelajaran dilaporkan menjadi punca seorang remaja perempuan 16 tahun dirogol empat sepupu dan seorang gurunya sendiri di India.

Empat lelaki terbabit menjemput mangsa untuk makan tengah hari bersama ketika waktu rehat di Sitapur, Uttar Pradesh.

Mereka kemudiannya mencampurkan dadah ke dalam makanan remaja itu sebelum merogol mangsa bergilir-gilir.

Seorang guru turut terbabit dalam jenayah keji itu yang dilakukan dalam bilik kakitangan sekolah.

Tidak cukup dengan itu, suspek turut merakamkan video kejadian itu dengan telefon bimbit sebelum mengedarkannya ia kepada keluarga mangsa menerusi aplikasi WhatsApp pada Jumaat lalu.

Ibu bapa mangsa melaporkan jenayah itu yang membawa kepada penangkapan seorang daripada sepupu remaja berkenaan.

Jurucakap polis, Madhuvan Kumar Singh, berkata, sebaik gadis itu diberi dadah, sepupunya dan seorang guru merogolnya bergilir-gilir manakala seorang daripada mereka merakamkan perbuatan itu di telefon bimbit.

Siasatan awal menunjukkan sepupu mangsa cemburu dengan kecemerlangannya dan berasa dihina keluarga masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2019 @ 1:00 AM