KEADAAN di sebuah pasar di Hawthrone, California semasa gempa kedua berlaku. FOTO REUTERS
KEADAAN di sebuah pasar di Hawthrone, California semasa gempa kedua berlaku. FOTO REUTERS
Reuters

CALIFORNIA: Satu gegaran kuat sekali lagi melanda Selatan Caliornia semalam dengan gempa berukuran magnitud 7.1, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dan badan pemantau gempa bumi Eropah.

Gempa kedua itu dilaporkan berlaku kira-kira 202 kilometer di utara Los Angeles

namun tiada laporan kecederaan atau kerosakan diterima oleh pihak berkuasa, lapor Reuters.

Kekuatan gempa itu kemudiannya disemak semula kepada magnitud 6.9 oleh Agensi Seismologi Eropah-Mediterranean.

Kelmarin, penduduk di kawasan itu dikejutkan dengan gegaran paling kuat dalam tempoh 25 tahun dengan gempa berukuran magnitud 6.4.

Terdapat beberapa kecederaan dilaporkan berlaku termasuk kebakaran dua rumah serta kebocoran gas, kata pihak berkuasa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Julai 2019 @ 12:45 PM