RAKAMAN video nahas udara membabitkan sebuah helikopter dan pesawat ringan di pergunungan Alps, Itali
Reuters

ROME: Polis Itali mendedahkan dua video nahas udara membabitkan sebuah helikopter dan pesawat ringan di pergunungan Alps, Itali hingga menyebabkan tujuh maut, dalam kejadian pada Januari lalu.

Reuters melaporkan, nahas berlaku di Lembah Aosta iaitu terletak kira-kira 80 kilometer di barat laut bandar Turin.

Rakaman video itu diambil dari dua kamera GoPro yang ditemui masih dalam keadaan baik di tempat kejadian.

Ia menunjukkan saat cemas ketika kemalangan itu apabila serpihan helikopter dan pesawat berterbangan di udara.

Empat orang mangsa terdiri daripada warga Jerman dan masing-masing seorang warga Belgium, Perancis dan Itali.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2019 @ 1:12 AM