Rip Torn.
Rip Torn.
AFP

NEW YORK: Bintang Holyywood, Rip Torn yang terkenal dalam drama bersiri ‘The Larry Sanders Show’ dan filem pecah panggung Hollywood ‘Men In Black’ meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Media tempatan melaporkan, Torn meninggal dunia di kediamannya di Lakeville, Connecticut, sambil dikelilingi isterinya, Amy Wright dan anak perempuannya Katie Torn serta Angelica Page.

Dilahirkan sebagai Elmore Rual Torn pada 6 Februari 1931, Torn pernah menerima pencalonan Tony Award pada 1960 bagi filem ‘Sweet Bird of Youth’ dan calon Satellite Award (1997) untuk Pelakon Pembantu Terbaik dalam filem ‘Men In Black’.

Sementara itu, Will Smith menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya dengan menyiarkan gambarnya dan Torn dalam adegan filem ‘Men In Black’ di Instagram bersama mesej “R.I.P. Rip.”

“Saya akan merindui awak Rip, anda adalah pelakon sebenar.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Julai 2019 @ 8:59 PM