AUSTRALIA: Gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud menggegarkan barat pantai peranginan Broome, Australia, hari ini.
Bagaimanapun tiada laporan kematian atau kerosakan diterima susulan kejadian berkenaan.
Pusat Tinjauan Geologi AS (USGS) dalam satu kenyataan berkata, gempa itu pada kedalaman 33 kilometer dan melanda kira-kira 203 kilometer dari bandar Broome di Australia Barat.