GAMBAR Hiasan
Reuters

DHAKA: Pihak berkuasa Bangladesh menahan 12 lelaki yang disyaki menjadikan pelarian etnik Rohingya sebagai sasaran aktiviti pemerdagangan manusia, kata polis hari ini.

AFP melaporkan, dua wanita Rohingya dan seorang kanak-kanak Bangladesh turut ditahan dalam operasi dilakukan oleh Batalion Tindakan Pantas (RAB) di Dhaka semalam sebelum disoal siasat.

Penahanan itu dilakukan selepas penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Yanghee Lee memberi amaran bahawa penyeludup semakin ramai yang menyasarkan etnik Rohingnya di Myanmar dan Bangladesh.

Menurut kenyataan RAB, suspek terbabit adalah sebahagian daripada sindiket pemerdagangan manusia yang sudah lama mengambil kesempatan terhadap pelarian terbabit.

“Penyeludup ini terbabit menghantar pelarian ke Malaysia dan Asia Barat,” kata Mejar Mohammad Ashraful Haque.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Julai 2019 @ 12:43 AM