LETUPAN itu turut menyebabkan kerosakan sehingga tiga kilometer. FOTO AFP
AFP

 

BEIJING: Jumlah kematian akibat letupan besar yang berlaku di loji gas di tengah China meningkat kepada 10 orang manakala lima lagi disahkan masih hilang, lapor agensi media rasmi hari ini.

Letupan semalam di kilang Henan Coal Gas Group menyebabkan 19 orang cedera parah dan sebahagian besar lain mengalami kecederaan ringan, kata stesen penyiar tempatan CCTV.

Letupan itu turut menyebabkan tingkap dan pintu bangunan melayang sehingga tiga kilometer.

Menurut CCTV, ia terjadi di unit pengasingan udara kilang berkenaan dan semua mangsa yang cedera dikejarkan ke empat hospital berbeza.

Kesemua pengeluaran di kilang itu dihentikan buat sementara waktu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Julai 2019 @ 2:41 PM