KAPAL Stena Impero yang ditahan Pengawal Revolusi Islam Iran. -Foto REUTERS
AFP

LONDON: Britain mendesak Iran meredakan ketegangan di Teluk dengan membebaskan kapal tangki miliknya yang didakwa ditahan secara tidak sah di perairan Oman.

Tehran sebelum itu tidak mengendahkan permintaan beberapa negara Eropah untuk membebaskan kapal yang kebanyakannya membabitkan anak kapal warga India.

Permintaan itu dilakukan ketika Amerika Syarikat membuat persediaan untuk menghantar tentera di Arab Saudi.

Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) berkata mereka merampas kapal Stena Impero kelmarin kerana melanggar peraturan maritim antarabangsa di selat Hormuz.

Ia dibawa ke pelabuhan Bandar Abbas kerana didakwa gagal bertindak balas terhadap panggilan kecemasan dan menutup transponder selepas berlanggar dengan sebuah kapal nelayan, kata pihak berkuasa Iran.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Julai 2019 @ 11:11 AM