SEOUL: Korea Selatan memaklumkan mereka melepaskan tembakan amaran ke arah jet pejuang tentera Russia selepas ia menceroboh ruang udaranya.
AFP melaporkan, jet pejuang itu menceroboh ruang udara sebanyak dua kali menyebabkan negara terbabit terpaksa melepaskan tembakan amaran.
Ia adalah kali pertama Rusia melakukan tindakan itu dan tentera Korea Selatan kini melakukan siasatan.