KENDERAAN Land Rover Defender yang terjatuh ke dalam lubang benam terbabit. FOTO Agensi
Agensi

YOGYAKARTA: Sepasang suami isteri dari Australia berkongsi detik cemas mereka yang nyaris ‘ditelan’ lubang benam ketika memandu di bandar Yogyakarta, Indonesia baru-baru ini bersama bayi berusia 18 bulan.

Daily Mail melaporkan, rakaman itu menunjukkan kenderaan Land Rover Defender mereka terjatuh ke dalam lubang benam terbabit.

Namun, keluarga itu bernasib baik kerana sempat mencapai bayi mereka di tempat duduk penumpang dan segera keluar dari kenderaan terbabit.

Pasangan itu dikatakan melakukan ekspedisi kembara seluruh dunia sempat menulis hantaran di laman Facebook, Rules of the Road untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada rakan dan keluarga.

Jakarta Post melaporkan, sebuah trak yang berada di hadapan turut ‘ditelan’ lubang benam itu yang menyebabkan jalan terbabit terpaksa ditutup dan mencetuskan keadaan sesak di kawasan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Julai 2019 @ 1:28 PM