GAMBAR hiasan. FOTO Reuters.
Reuters

BHUBANESWAR (INDIA): Empat pekerja dikhuatiri mati manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di lombong batu arang milik Coal India Ltd di timur negeri Odisha, kata jurucakap syarikat itu hari ini.

Reuters yang memetik jurucakapnya, Dikken Mehra berkata, lombong terbabit yang mempunyai kapasiti 20,000 tan sehari ditutup susulan kejadian itu semalam.

“Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk meneruskan semula operasi,” katanya.

Sebelum ini terdapat sekurang-kurangnya 15 pelombong terperangkap dalam lombong batu arang haram di timur laut negeri Meghalaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Julai 2019 @ 2:52 PM