PAKAR forensik memeriksa tempat kejadian di pos luar tentera selatan Thailand.
AFP

PATTANI: Empat maut dalam serangan membabitkan sebuah pos luar tentera di selatan Thailand yang bergolak, kata pihak berkuasa hari ini.

AFP melaporkan, kejadian itu dipercayai tercetus selepas seorang suspek pemisah Islam dibiarkan kritikal selepas beberapa jam ditahan dalam unit siasatan tentera.

Jurucakap memberitahu, serangan dilakukan di pos terpencil di wilayah Pattani apabila mereka dilempar bom selain melepaskan tembakan senjata automatik hampir sejam.

“Empat orang yang maut termasuk tentera, dua sukarelawan tentera dan penduduk kampung,” kata Kolonel Thanawee Suwannarat.

Katanya, kumpulan itu turut melarikan lima mesingan selain membakar tayar dan menabur paku di atas jalan untuk menghalang sebarang usaha memburu mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Julai 2019 @ 2:58 PM
Skip this ad x