KAWASAN di pergunungan Atlas. FOTO/AGENSI
KAWASAN di pergunungan Atlas. FOTO/AGENSI
Reuters

RABAT: Seramai 15 orang terbunuh selepas van yang dinaiki mereka ditimbus tanah runtuh dalam kejadian di kawasan pergunungan Atlas, selatan Marrakech.

Reuters melaporkan, kejadian berlaku ketika hujan lebat melanda kawasan Asri pada petang kelmarin.

Pihak berkuasa dalam kenyataan berkata, mayat mangsa terdiri daripada 11 wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak berjaya dikeluarkan dari van.

Menurut saksi, van terbabit membawa penumpang dari Casablanca ke kampung Taliouine yang terletak sejauh 670 kilometer di selatan Rabat.

Timbunan tanah runtuh dan lumpur setinggi 20 meter menyebabkan laluan di kawasan pergunungan itu terhalang.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Julai 2019 @ 8:32 PM