KAKI mangsa disambungkan selepas tujuh jam pembedahan. - Agensi
KAKI mangsa disambungkan selepas tujuh jam pembedahan. - Agensi
Agensi

BANGKOK: Seorang pekerja kilang kini mampu berjalan seperti biasa selepas kedua-dua kakinya terputus akibat tersepit dalam mesin pengisar tiga tahun lalu.

Kemalangan itu berlaku pada Disember 2016 ketika lelaki yang namanya tidak didedahkan bekerja syif malam.

Menurut Daily Mail, kedua-dua kakinya tersepit dalam mesin pengisar yang digunakan untuk mencampur bahan kering.

Pakar bedah mengambil masa tujuh jam untuk mencantumkan semula kaki mangsa yang disokong dengan besi keluli selama tiga bulan, manakala batang keluli yang dipasangkan dalam kakinya dibiarkan selama dua tahun agar tulangnya bercantum semula.

Lelaki terbabit dilaporkan pengsan ketika kemalangan itu dan terkejut mendapati dia masih hidup dengan kakinya sudah dipulihkan selepas tersedar.

KEDUA-DUA kaki mangsa yang terputus berjaya disambungkan semula. - Agensi
KEDUA-DUA kaki mangsa yang terputus berjaya disambungkan semula. - Agensi

Namun, dia terpaksa menggunakan kerusi roda sebelum tahap kesihatannya pulih untuk menjalani fisioterapi.

Dr Siritattamrong berkata, lelaki itu mengambil masa setahun untuk belajar berjalan.

Lelaki terbabit sudah kembali semula ke tempat kerjanya selepas sembuh sepenuhnya dan boleh berjalan dengan baik.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Julai 2019 @ 9:06 AM