GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Reuters

MEXICO CITY: Pihak berkuasa Mexico menemui 19 mayat yang sebahagiannya dikerat-kerat anggota badannya di barat daya Michoacan.

Mangsa termasuk tiga wanita, ditemui di tiga lokasi berbeza di kawasan panas kartel dadah di Uruapan, kata pendakwa raya negeri, Adrian Lopez kepada pemberita semalam.

“Beberapa mangsa sudah dikerat manakala yang lain mati akibat ditembak,” katanya.

Imej yang disiarkan di media sosial menunjukkan sekurang-kurangnya empat mayat yang separuh bogel digantung di jambatan.

Dua lagi mayat diletak atas jalan yang sering dilalui penduduk tempatan sebagai peringatan kepada mereka.

Pertempuran antara kumpulan jenayah yang bersaing menjadikan Michoacan salah satu negeri paling berdarah Mexico.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Ogos 2019 @ 12:10 PM